PETALING JAYA: Kerajaan Selangor tidak akan menyediakan sebarang peruntukan kewangan atau membuat pelaburan bagi mana-mana operasi penternakan babi pada masa hadapan. Ia antara tiga perkara yang diperkenan dan ditetapkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas berkenan menerima menghadap Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim serta Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam semalam. Baginda menegaskan, ketiadaan penyediaan sebarang peruntukan…










