KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan pendekatan menyeluruh dan strategik untuk mengekalkan kestabilan Ringgit, dengan fokus kepada pengawalan defisit belanjawan serta penarikan dan pengekalan pelaburan domestik dan asing, termasuk pelaburan langsung asing (FDI). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah-langkah itu dirancang sebagai kerangka ekonomi bersepadu bagi memastikan pengukuhan Ringgit dapat disokong secara berterusan. Beliau menjelaskan langkah pertama adalah pengawalan defisit belanjawan, yang menekankan kepentingan belanjawan seimbang bagi mengelak tekanan…










