PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terhadap empat bekas ahlinya yang melompat parti menunjukkan undang-udang lompat parti memerlukan pindaan. Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee menggesa Parlimen meneliti, meminda dan memperkukuhkan undang-undang lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663). Ronald berkata, Bersatu menghormati keputusan mahkamah, namun penelitian dan pindaan semula perlu bagi memastikan undang-undang yang dikuat…










