PUTRAJAYA: Keputusan Kerajaan Madani untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan kakitangan awam. Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia dibuat kerana ada keperluan selepas kali terakhir kenaikan tahunan gaji penjawat awam berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun lalu. Beliau berkata, tanggungjawab penjawat awam juga sudah bertambah selain gaji yang diterima hanya sekadar memenuhi keperluan keluarga. “Penjawat awam apabila dah naik gaji, sudah fikir kereta baharu, televisyen…










