SERDANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan mengambil tindakan terhadap syarikat pengendali terlibat berhubung kes kemalangan bas ekspres yang membawa 42 penumpang terlibat di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, kelmarin. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan pertama yang diambil ialah menjalankan audit JISA oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menilai pematuhan aspek keselamatan operasi bas berkenaan. Katanya, hasil audit itu kemudiannya akan diserahkan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)…










