Keluar kerajaan bukan tindakan bertanggungjawab

Keluar kerajaan bukan tindakan bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan agar UMNO keluar kerajaan bukan satu tindakan bertanggungjawab apabila tindakan itu boleh membawa negara terjerumus ketidakstabilan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pihak tidak boleh beremosi dalam soal tersebut kerana banyak negara berhadapan huru-hara apabila perbezaan politik membarah dan menyebabkan kerajaan runtuh.

“Jadi, ke mana hala tuju kita? Adakah kita akan keluar kerajaan esok dan biarkan negara huru-hara? Tidak. Itu jalan mereka yang tunduk kepada emosi, bukan kerja negarawan. 

“Bak kata orang tua-tua, Berfikir biar panjang, bertindak biar bijak. Sejarah dunia moden memberi kita satu pengajaran yang sangat mahal harganya. 

“Apabila perbezaan politik dibiarkan membarah tanpa kebijaksanaan, kerajaan akan runtuh. Dan apabila kerajaan runtuh tanpa pelan penggantian yang jelas, yang lahir bukanlah kebebasan, tetapi kekosongan kuasa,” katanya dalam ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini hari ini.

Mohamad berkata, beliau mengakui terdapat suara agar UMNO menarik diri daripada kerajaan.

Namun katanya, keluar masuk kerjasama politik bukan jawapan untuk UMNO pulih dan ia bukan jalan keluar yang merawat masalah parti itu.

“Ia hanyalah satu peralihan dan pemesongan fokus yang sangat bersifat jangka pendek,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN