Kedai runcit, dua rumah terbakar di Kuala Kedah

Kedai runcit, dua rumah terbakar di Kuala Kedah

KEBAKARAN melibatkan dua buah rumah dan sebuah kedai runcit di Jalan Kilang Baja, Kampung Masjid Lama di Kuala Kedah, Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Sebuah kedai runcit dan dua buah rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Kilang Baja, Kampung Masjid Lama di Kuala Kedah, malam ini.

Dalam kebakaran kira-kira pukul 8 malam itu, pihak bomba mengesahkan tiada mangsa terlibat dan operasi pemadaman masih dilaksanakan setakat ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Kota Setar, Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, 20 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan BBP Alor Setar dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya, Kuala Kedah, Jalan Kundur, Kilang Tebu dan Alor Mengkudu turut membantu memadamkan api di lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan dua buah rumah jenis B dan sebuah kedai runcit yang secara keseluruhan musnah kira-kira 70 peratus. Namun, kejadian tidak melibatkan mangsa.

“Anggota membuat kerja-kerja pemadaman dengan menggunakan tiga aliran lima pancutan dengan kebakaran dapat dikawal pada pukul 8.42 malam,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN