PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku keempat (S4) 2025 melonjak 5.7 peratus sekali gus membawa pertumbuhan ekonomi bagi tahun penuh 2025 kepada sekitar 4.9 peratus, mengatasi julat unjuran rasmi kerajaan antara 4 hingga 4.8 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prestasi tersebut mencerminkan ketahanan ekonomi negara meskipun berdepan cabaran luaran termasuk kesan tarif timbal balik yang dirasai pada tahun lalu. Menurutnya, pelaksanaan reformasi ekonomi…










