Kabinet setuju tubuh organisasi luar politik

Kabinet setuju tubuh organisasi luar politik

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan membuat pengumuman pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, Sabtu ini berkaitan penubuhan organisasi baharu yang akan beroperasi di luar lingkungan politik kepartian.

Setakat ini, Ahmad Zahid tidak memperincikan fungsi dan peranan organisasi berkenaan, namun mengesahkan penubuhannya mendapat kelulusan Kabinet.

“Nanti pada hari terakhir persidangan (PAU) ini saya akan umumkan sesuatu iaitu sebuah organisasi di luar lingkungan politik.

“Saya cadangkan untuk kita menubuhkannya dan Kabinet juga telah meluluskannya. Saya akan umumkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid juga menyatakan keterbukaan menjemput parti lain termasuk Pas pada penganjuran Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia akan datang, sebagai sebahagian usaha mengukuhkan penyatuan ummah merentas sempadan politik demi kepentingan Islam dan negara.

“Ia adalah satu usaha untuk kita ketepikan soal ideologi politik. Bila bercakap soal agama, kita mesti lakukan percaturan lebih keras. Dan ini yang kita lakukan, kita lebih berhasrat untuk terbuka melakukannya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN