Jangan fikir bidang lakonan untuk orang kacak atau lawa sahaja - Zizan Nin - Utusan Malaysia

Jangan fikir bidang lakonan untuk orang kacak atau lawa sahaja – Zizan Nin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zizan Nin, 52, menolak pandangan yang mengaitkan dunia lakonan sebagai bidang yang semata-mata dikhususkan untuk golongan yang cantik dan tampan.

Menurut Zizan, realitinya dunia drama dan perfileman tidak mendiskriminasi, bahkan terbuka untuk semua individu yang berkeinginan dan menyimpan minat mendalam terhadap bidang tersebut.

“Jangan risau jika anda tidak berpengalaman, setiap orang akan melalui fasa permulaan. Asalkan niat anda jujur dan ikhlas.

“Engkau orang jangan fikir bidang ini untuk orang kacak atau lawa sahaja, salah! Pelakon ini dari bayi hinggalah ke usia emas, ada peranan,” tulisnya dalam Threads.

Dalam perkongsian sama, bintang drama Dunia Baru itu juga tidak menafikan kewujudan ramai individu yang meluahkan hasrat untuk menjadi pelakon.

Katanya, perkara itu terbukti menerusi maklum balas yang diterimanya di media sosial.

“Selepas saya membalas satu mesej pasal peluang berlakon tadi, tak sangka ramai rupanya berminat nak ceburi bidang lakonan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN