Isu UMNO–MIC selesai, hubungan kembali stabil

Isu UMNO–MIC selesai, hubungan kembali stabil

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu bahawa sebarang masalah yang timbul antara UMNO dan MIC sebelum ini telah diselesaikan.

Beliau berkata, kehadiran pimpinan MIC dalam beberapa program rasmi UMNO kebelakangan ini membuktikan hubungan antara kedua-dua parti berada dalam keadaan baik.

“Sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, MIC turut diwakili oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan. Pagi tadi pula, ketika kami mengadakan pramajlis (pre-council) bersama ahli-ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), MIC juga hadir,” katanya ketika sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTCKL), di sini hari ini.

Menurut beliau, perkembangan itu jelas menunjukkan sebarang salah faham yang timbul sebelum ini tidak lagi berpanjangan.

“Ini memperlihatkan bahawa ribut di dalam cawan itu sudah selesai dan ia turut disertai dengan berita gembira pada hari ini,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, kerjasama erat antara parti-parti komponen akan terus diperkukuhkan demi memastikan kestabilan politik dan kelancaran pentadbiran negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN