Isu rasuah ATM: Jemaah Menteri terima baik penjelasan Menteri Pertahanan

Isu rasuah ATM: Jemaah Menteri terima baik penjelasan Menteri Pertahanan

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menerima baik penjelasan diberikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung pelbagai isu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah diberi taklimat mengenai perkara itu oleh Menteri Pertahanan dengan memperincikan setiap perkara dan perkembangan terkini mengenai isu berkenaan.

“Penjelasan daripada Menteri Pertahanan itu telah diterima baik oleh Jemaah Menteri,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan Jemaah Menteri di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa isu terkait ATM membabitkan pegawai tertinggi ATM susulan tuduhan rasuah termasuk perolehan dan tender ketenteraan yang kini di siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hari ini juga, seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan oleh SPRM untuk siasatan lanjut terhadap dakwaan rasuah berkaitan angkatan tentera.

Sebelum ini, operasi khas MACC seperti “Op Sohor” telah mendedahkan sindiket penyeludupan dan aktiviti haram yang melibatkan beberapa pegawai ATM termasuk yang masih berkhidmat atau telah bersara, walaupun ini merupakan aspek berbeza tetapi menunjukkan masalah integriti dalam beberapa unit tentera.

Malah ATM turut dihambat isu integriti dan budaya tidak sihat yang dilaporkan baru-baru ini dengan budaya ‘yeye’ yang tular di media sosial, baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN