BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan mengenai isu penyerahan kira-kira 5,207 hektar tanah sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan berhampiran sempadan Sabah–Kalimantan sebagai tidak betul. “Dia ada penjelasan (berhubung isu penyerahan tanah sebagai pampasan). Kita (Malaysia dan Indonesia) akan berunding dengan baik. “Jadi, tidak betul (dakwaan tersebut). Dia (Indonesia) beri sambutan yang baik (terhadap proses rundingan bersama Malaysia),” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui…










