Isu lafaz baiah dalam politik, kerajaan akan beri penjelasan

Isu lafaz baiah dalam politik, kerajaan akan beri penjelasan

ZULKIFLI Hasan (dua kanan) beramah mesra dengan penerima semasa Penyerahan Rumah Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Aman, Kandis, Bachok, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kerajaan akan memberikan penjelasan dan pencerahan berhubung isu lafaz baiah yang diamalkan dalam kalangan parti politik tertentu di negara ini selepas mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti berhubung perkara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, pihaknya sudah memohon pandangan daripada Jabatan Mufti bagi mendapatkan pencerahan secara jelas.

“Kita ingin memberikan pandangan sebaiknya berdasarkan sumber yang sahih kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Penyerahan Rumah Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Aman, Kandis di sini, hari ini.

Terdahulu, sebelum ini media melaporkan, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, menafikan dakwaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bahawa wujudnya lafaz baiah dan sumpah daripada parti itu yang menuntut pemimpinnya menceraikan isteri, jika berlaku pelanggaran.

Mohd Syahir turut memuat naik teks lafaz baiah dan sumpah itu di akaun Facebooknya, sekali gus membuktikan tiada pernyataan yang menuntut mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya menceraikan isteri, jika melompat ke parti lain.

Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok turut mencabar Mohd Asri menunjukkan perkara yang ‘memalukan’ di dalam teks lafaz baiah dan sumpah terbabit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN