PETALING JAYA: Perdana Menteri mengingatkan para ibu bapa untuk mengiringi perjalanan anak mereka yang mula dan kembali ke sekolah mulai hari ini dengan doa serta teladan yang baik.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan ucapan selamat kepada para murid yang kembali ke sekolah khususnya murid Tahun 1 yang memulakan langkah pertama mereka.
“Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid Tahun 1 yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan.
“Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik. Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-Allah,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. – UTUSAN










