SERDANG: Kementerian Pengangkutan memperluas inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa dengan memperkenalkan empat kategori tambahan tahun ini. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pendekatan itu merupakan langkah progresif bagi menjamin ekuiti dan inklusiviti, selain menyokong sektor pendidikan awam. Menurut beliau, seramai 6,278 pelajar dijangka menerima manfaat tambahan berkenaan, sekali gus menjadikan kira-kira 60,000 pelajar bakal menggunakan perkhidmatan itu. “Bagi tahun 2026, kementerian akan memperluaskan subsidi dengan menambah kuota kepada…










