PETALING JAYA: Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan serta rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza dan Al-Quds. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penghargaan berkenaan dinyatakan sendiri oleh Sheikh Ali Umar kepadanya, sewaktu beliau menerima kunjungan tokoh agama itu semalam Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Ali Umar turut senada dan sepakat mengenai kepentingan Masjid…










