KUALA NERUS: Ibu kanak-kanak mangsa lemas, Muhamad Zarif Hazahari, 5, lega doanya dimakbulkan apabila jasad anak kelima dari enam adik-beradik itu ditemukan pagi ini. Siti Hajar Ismail, 42, berkata, walaupun tidak bernyawa, dia lega dapat melihat jasad anaknya yang hilang akibat ditelan ombak di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap di sini, petang kelmarin. “Saya berdoa kepada Allah supaya temukan anak saya. Biar dalam keadaan macam mana sekalipun. Ketika diberitahu jasad…










