KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera anak kandungnya berusia lima tahun di sebuah kediaman di Sentul, 2 Januari lalu. Tertuduh, Norshazlina Izamli, 22, didakwa melakukan penganiayaan terhadap anak perempuannya sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal pada anggota badan. Suri rumah itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada pukul 5 petang, di sebuah kediaman di Sentul, 2 Januari lalu. Pendakwaan dikemukakan mengikut…










