ANKARA: Tumpuan kepada perbincangan substantif bagi memperkukuh hubungan Malaysia dan Türkiye dalam pelbagai bidang strategik akan menjadi keutamaan dalam lawatan rasmi Perdana Menteri ke negara itu. Memetik laporan Bernama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuannya dengan Presiden Recep Tayyip Erdoğan akan memberi penekanan kepada usaha memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, diplomasi, pendidikan, keselamatan, kebudayaan dan pelancongan. “Presiden bergurau dengan saya, jika saya tidak datang, beliau tidak mahu berkawan dengan…










