JEMPOL: Ketika harga kelengkapan sekolah dikatakan meningkat, seorang pekedai pakaian di Bandar IOI, Bahau di sini pula masih mengekalkan jualan pada harga mampu milik sejak lima tahun lalu. Pemilik kedai pakaian itu, Tea Kieu Chai, 55, berkata, walaupun berdepan peningkatan kos operasi, namun dia masih mampu untuk mengekalkan harga yang sama. “Di luar bandar, kos operasi lebih rendah berbanding bandar, jadi harga pun lebih mampu milik. Kami juga mengekalkan harga…










