Hakisan pantai Tanjong Bungah, Batu Ferringhi makin buruk

Hakisan pantai Tanjong Bungah, Batu Ferringhi makin buruk

KEADAAN kawasan pesisir pantai peranginan di Batu Ferringhi, Pulau Pinang yang kini diancam oleh masalah hakisan pantai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Isu hakisan pantai yang semakin memburuk di sepanjang pesisir pantai Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi ketika ini akan ditangani menerusi langkah pelaksanaan jangka pendek dan panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri memberi perhatian serius isu ber­kenaan kerana ia memberi kesan kepada keindahan pantai, keselamatan pengunjung serta aktiviti pelancongan termasuk sukan pantai.

Menurutnya, kawasan pantai Batu Ferringhi dan Tanjong Bungah merupakan antara destinasi pelancongan utama di Pulau Pinang dan sebarang kerosakan pantai boleh menjejaskan imej serta daya tarikan negeri ini sebagai lokasi pelancongan antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zairil berkata, walaupun haki­san pantai di Batu Ferringhi adalah kejadian alam yang berlaku setiap tahun akibat Monsun Timur Laut (MTL), tahap hakisan yang berlaku tahun ini didapati lebih teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Susulan itu, Jabatan Peng­airan dan Saliran (JPS) kini sedang mengenal pasti faktor sebenar yang menyumbang kepada peningkatan tahap hakisan pantai supaya langkah yang dilaksanakan nanti lebih berkesan dan bersasar,” katanya di sini semalam.

Menurut Zairil, bagi kawasan pesisir pantai Tanjong Bungah yang melibatkan Pantai Hotel Mercure, Skyhome Apartment dan Chinese Swimming Club, JPS telah menyiapkan satu laporan teknikal berhubung hakisan pantai tersebut.

Katanya, laporan berkenaan menjadi asas kepada usaha memohon peruntukan bagi melaksanakan tindakan mitigasi segera bagi mengurangkan risiko keselamatan serta kerosakan yang berterusan di kawasan terlibat.

“Bagi kawasan pesisir pantai Batu Ferringhi yang melibatkan Hotel Bayview, Lone Pine, Golden Sands dan Shangri-La pula, JPS akan melaksanakan mitigasi jangka pendek melalui penambahan beg pasir sebagai langkah sementara bagi mengekang hakisan,” ujar beliau.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Zairil berkata, JPS telah memohon peruntukan bagi tahun 2026 melalui kerajaan persekutuan sebagai usaha mengurangkan kesan hakisan di beberapa lokasi pantai yang dikenal pasti terjejas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×