GV Ride tawar sifar komisen kepada pemandu sempena tahun baharu

GV Ride tawar sifar komisen kepada pemandu sempena tahun baharu

GV Ride
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride mengumumkan tawaran sifar komisen (tiada caj platform) kepada semua pemandunya sempena sambutan Tahun Baharu 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif ini bermakna pemandu akan menyimpan 100 peratus tambang bersih bagi setiap perjalanan yang diselesaikan, tanpa sebarang potongan komisen oleh platform.

“Inisiatif sifar komisen ini bertujuan meringankan beban pemandu dan membantu mereka menjana pendapatan lebih baik.

“Sempena Tahun Baharu 2026, GV Ride tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada semua pemandu GV Ride,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, inisiatif ini mencerminkan komitmen GV Ride dalam menyokong kebajikan pemandu tempatan serta membina ekosistem e-hailing yang lebih adil dan mampan.

Kabeer berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pemandu untuk menyertai GV Ride serta mengajak pengguna mencuba perkhidmatan mereka.

Menurutnya, pelbagai promosi dan inisiatif menarik akan diperkenalkan dari semasa ke semasa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN