GRU Space, sebuah syarikat pemula yang diasaskan oleh anak muda berusia 21 tahun, Skylar Chan bakal membuka hotel pertama di bulan menjelang 2032. Walaupun pembinaannya belum dimulakan, syarikat itu kini sudah mula menerima bayaran pendahuluan tempahan antara AS$1 juta (RM4.02 juta) daripada beberapa peminat angkasa lepas. Harga akhir bilik masih belum diketahui, tetapi Chan menyatakan ia akan melebihi AS$10 juta (RM40.2 juta). Walaupun GRU Space bukan syarikat pertama yang bercita-cita…









