Gagal patuh tatacara punca kelemahan proses perolehan

Gagal patuh tatacara punca kelemahan proses perolehan

SHAMSUL Azri Abu Bakar pada program KSN Media Strike Challenge 2026 bersama pengamal media, di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kelemahan dalam proses perolehan kerajaan dikenal pasti berpunca daripada kegagalan mematuhi tatacara ditetapkan.

 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kelemahan itu berlaku meskipun pelbagai fleksibiliti disediakan  Kementerian Kewangan bagi melancarkan urusan perolehan.

 Katanya, ketidakaturan yang berlaku bukan disebabkan sistem semata-mata, tetapi kerana ahli Lembaga Perolehan, Jawatankuasa serta pegawai tidak memahami sepenuhnya tatacara dan roh perolehan.

 “Kementerian Kewangan sudah buat banyak fleksibiliti dalam (proses) perolehan, walaupun begitu kena pastikan setiap tatacara perolehan itu perlu dipatuhi.

“Ia tak boleh nak diatur, dimanipulasi, sesuka hati. Maknanya yang penting sekali semua ahli Lembaga Perolehan kena faham tatacara perolehan.

“Bila berlaku ketidakaturan ini kerana ahli lembaga dan jawatankuasa serta pegawai tidak faham roh perolehan itu,” katanya pada program KSN Media Strike Challenge 2026 bersama pengamal media, di sini hari ini.

 Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan semua keputusan perolehan membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan yang terkait dengan isu rasuah, dibekukan sementara.

 Shamsul Azri, berkata kelemahan dalam proses perolehan, lazimnya berpunca daripada kurangnya kefahaman terhadap tatacara perolehan serta kelemahan dalaman pegawai sendiri.

 “Kelemahan berlaku kerana kurang faham tentang tatacara perolehan dan kita punya kelemahan diri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN