KUALA TERENGGANU: Felda perlu membayar premium dan cukai tanah untuk keluasan 18,000 hektar kepada Kerajaan Negeri Terengganu, iaitu tambahan sebanyak 3,000 hektar berbanding dimaklumkan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Task Force Penyelesaian Tanah Felda Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, jumlah itu berdasarkan ukuran terkini keluasan tanah negeri yang dibangunkan FGV Holdings Bhd (FGV) sebagai ladang komersial. Kata beliau, sebaik sahaja perjanjian ditandatangani antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Felda yang dijangka…










