Dua rentung Honda Civic FD terbakar di Tol Jitra

Dua rentung Honda Civic FD terbakar di Tol Jitra

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kereta jenis Honda Civic FD di Plaza Tol Jitra, Kubang Pasu, awal pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Dua mangsa ditemukan dalam keadaan rentung selepas kereta jenis Honda Civic FD dinaiki mereka terbakar setelah terbalik dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra, di sini awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.05 pagi sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi dengan dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta dipercayai jenis Honda Civic FD terbakar dengan api marak. Api berjaya dikawal pada pukul 1.23 pagi sebelum kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kemusnahan kereta dianggarkan sekitar 85 peratus dan hasil pemeriksaan menemukan dua mangsa dalam keadaan rentung di dalam kereta berkenaan.

Noor Azhar berkata, identiti kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN