Dua maut kereta bertembung ‘Triton’ terbabas langgar kerbau

Dua maut kereta bertembung ‘Triton’ terbabas langgar kerbau

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Dua wanita maut setelah kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam nahas di Kilometer (KM) 33 Jalan Kebun Baru-Bukit Serampang, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, penumpang hadapan kereta Honda City iaitu seorang warga emas berusia 74 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pemandu kereta tersebut iaitu wanita berusia 42 tahun pula meninggal dunia di Hospital Tangkak semasa mendapatkan rawatan.

“Polis menerima satu laporan kemalangan maut di lokasi kejadian melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kereta jenis Honda City dengan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Mitsubishi Triton terlanggar seekor kerbau yang melintas secara tiba-tiba di atas jalan menyebabkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu termasuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta dinaiki mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Roslan berkata, dua lagi penumpang belakang kereta tersebut serta pemandu kenderaan pacuan empat roda yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN