Dua bulan siapkan sebuah bot mini

Dua bulan siapkan sebuah bot mini

MOHD. Lazim Hassan bersama dua bot nelayan mini kawalan jauh yang dihasilkannya di rumahnya di Kampung Telaga Daing, Kuala Terengganu, Terengganu. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan mengisi masa lapangnya dengan menghasilkan bot nelayan mini sejak setahun lalu sekali gus meneruskan legasi seni pertukangan bot yang diwarisi daripada keluarganya.

Mohd. Lazim Hassan, 63, dari Kampung Telaga Daing di sini menghasilkan dua jenis bot nelayan mini iaitu bot perhiasan serta bot kawalan jauh yang dilengkapi enjin dan boleh dimainkan di air.

Katanya, kedua-dua jenis bot tersebut dibina mengikut spesifikasi sebenar bot nelayan tradisional, termasuk dari segi reka bentuk dan perincian struktur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menggunakan kayu ce­ngal sepenuhnya dan sebuah bot mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Mohd. Lazim berkata, bot mini perhiasan dijual pada harga RM2,500 sebuah manakala bot mini berenjin pula berharga RM5,000 bergantung kepada spe­sifikasi dan tahap perincian.

Katanya, setakat ini sebanyak lima buah bot dijual yang mana kebanyakannya ditempah awal.

Bapa kepada lima anak itu berkata, kemahiran menghasilkan bot itu diwarisi daripada arwah bapanya, Hassan Talib yang merupakan pembuat bot terkenal di Pulau Duyong, di sini.

Katanya, selain minat yang mendalam terhadap seni pertukangan tersebut, seseorang tukang bot perlu mempunyai ‘jiwa’ dan kesabaran tinggi dalam menyiapkan setiap tempahan. – utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×