Dua beradik guna YouTube belajar buat senjata api

Dua beradik guna YouTube belajar buat senjata api

MOHD. Yusoff Mamat (tengah) bersama pegawai kanan menunjukkan senjata api yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menahan dua beradik dan merampas selaras senapang serta dua pucuk pistol buatan sendiri yang digunakan untuk mengambil upah mengutip hutang ceti haram dalam serbuan di Kampung Seneng, Jelawat, Bachok semalam.

Dalam serbuan pukul 5 petang itu, polis turut merampas dua pucuk pistol tiruan, 27 biji serbuk kaliber, kelopak peluru (2), sebuah motosikal dan telefon bimbit (3).

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang bekerja sebagai tukang besi itu mempelajari selok-belok pembuatan senjata api tersebut menerusi YouTube.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kesemua bahan-bahan untuk membuat senjata api itu dibeli secara dalam talian melalui Shopee.

“Kedua-dua suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu dan berjaya mengutip hutang ah long sebanyak RM200,000 di sekitar Bachok serta Pasir Puteh.

“Kita tidak menolak kemungkinan senjata api itu digunakan untuk menakut-nakutkan peminjam ceti haram semasa mengutip hutang tersebut,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

Mohd. Yusoff memberitahu, semasa ditahan kedua-dua suspek positif dadah hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas mereka.

Katanya, semakan turut mendapati kedua-dua beradik itu mempunyai rekod jenayah lampau termasuk narkotik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×