Dr. Mahathir keluar minum kopi selepas 22 hari dirawat di IJN

Dr. Mahathir keluar minum kopi selepas 22 hari dirawat di IJN

Dr. Mahathir keluar minum kopi selepas 22 hari dirawat di IJN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas 22 hari menjalani rawatan, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menunjukkan tahap positif apabila beliau berkesempatan keluar menikmati kopi di sebuah gedung beli-belah di Damansara, Petaling Jaya.

Pegawai Pejabat Dr. Mahathir, Sufi Yusoff berkata, bekas Perdana Menteri itu berkesempatan berbuat demikian, namun masih belum dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).

“Selepas 22 hari menerima rawatan di IJN, beliau keluar menikmati kopi sebentar di Pavilion Damansara.

“Ketika ini, beliau masih menerima rawatan di IJN,” katanya hari ini.

Terdahulu, proses pemulihan Dr. Mahathir yang dirawat di IJN ekoran patah tulang pinggul dijangka mengambil masa lama ekoran faktor usia.

Selain itu, rawatan terbaik terhadap beliau juga diputuskan secara fisioterapi tanpa pembedahan.

Dr. Mahathir masih meneruskan rawatan di IJN bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat jatuh pada 6 Januari lalu di kediamannya di The Mines. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN