SEOUL: Sekian lama mengunci mulut, penyanyi, Kim Jong Kook akhirnya membuka cerita mengenai isterinya.
Jong Kook, ketika diundang dalam rancangan Problem Child House baru-baru ini mengakui bahawa isterinya merupakan teman rapat yang dikenalinya sekian lama.
”Dia ibarat adik perempuan saya. Namun ada satu masa saya terfikir yang saya akan bahagia jika mengahwininya,” kongsinya.
Bintang program Running Man itu disatukan dengan teman wanitanya dalam majlis perkahwinan tertutup pada September tahun lepas.
Jong Kook yang sehingga kini merahsiakan identiti isterinya memaklumkan wanita berkenaan bukan penggiat seni sepertinya.
Jong Kook dalam masa yang sama meluahkan rasa lega kerana impian untuk berumah tangga akhirnya tercapai.
”Perkahwinan memang sentiasa dalam perancangan hidup saya. Namun saya mahu melakukannya dengan cara paling ideal,” kongsinya- UTUSAN










