KUALA LUMPUR: Tiada keperluan buat kerajaan untuk meminda undang-undang dan Perlembagaan bagi menggubal sebarang dasar negara termasuk mengekalkan pendirian Malaysia sebagai negara berkecuali. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selagi dasar yang digubal tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Perlembagaan. Katanya, perkara itu telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), dasar-dasar yang dirangka selain mengambil kira semua perjanjian terdahulu yang pernah dimeterai oleh Malaysia. “Sebarang penggubalan dasar…










