Curi elektrik, polis rampas 41 mesin bitcoin - Utusan Malaysia

Curi elektrik, polis rampas 41 mesin bitcoin

SEBAHAGIAN mesin bitcoin yang dirampas dalam serbuan di tiga premis di Teluk Intan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Polis merampas 41 mesin perlombongan bitcoin dalam serbuan di tiga premis di sekitar daerah ini sejak semalam hingga awal pagi hari ini.

Serbuan tersebut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kawasan Utara.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, serbuan tersebut dijalankan hasil risikan dan maklumat kegiatan melombong bitcoin secara haram di daerah Hilir Perak.

“Hasil serbuan yang pertama dijalankan semalam berjaya merampas 24 mesin bitcoin manakala dua serbuan pada awal pagi ini masing-masing menemukan sembilan dan lapan unit bitcoin bagi tujuan sama.

“Kesemua rampasan itu dipercayai berkait dengan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990, melibatkan kerosakan dan penyalahgunaan bekalan elektrik,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tiada tangkapan dibuat setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan individu lain yang dipercayai terlibat dengan kegiatan itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN