PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) dinaik taraf daripada penarafan AA kepada AAA dalam MSCI ESG Ratings, iaitu tahap tertinggi yang mencerminkan pengurusan kukuh terhadap risiko dan peluang alam sekitar, sosial serta tadbir urus (ESG). Kenaikan penarafan itu didorong oleh pengukuhan amalan serta pendedahan kemampanan kumpulan, khususnya dalam perlindungan pengguna dan pengurusan tenaga kerja. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin berkata, pencapaian terbaharu itu mencerminkan usaha berterusan kumpulan…










