Budaya YE YE:TDM jalan siasatan dalaman - Utusan Malaysia

Budaya YE YE:TDM jalan siasatan dalaman

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menjalankan siasatan dalaman terhadap aduan melibatkan budaya tidak sihat (budaya YE YE) dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku mengikut peraturan perkhidmatan serta undang-undang sedia ada jika terbukti bersalah.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang terbabit dalam budaya tidak sihat, susulan isu tular mengenai budaya tersebut.

“TDM tidak akan berkompromi dengan salah laku warganya sama ada pegawai atau anggota yang didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung.

“Tindakan tegas terhadap pelaku akan diambil mengikut peraturan perkhidmatan dan undang-undang sedia ada jika terbukti bersalah,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, TDM telah menggariskan beberapa langkah penguatkuasaan dan pencegahan jangka panjang.

“Antaranya pemantauan pemerintahan iaitu semua pemerintah di setiap pasukan, formasi, dan pusat latihan diarah melaksanakan pemantauan berterusan serta memberi peringatan berkala kepada warga tentera.

“Selain itu, TDM akan memperkasakan pendidikan moral, kesedaran integriti, dan etika di semua peringkat. Ini termasuk mempergiatkan aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi memupuk jati diri serta nilai profesionalisme yang tinggi,” katanya.

TDM dalam masa sama turut menekankan komitmen kepimpinan dalam memastikan institusi pertahanan negara itu terus diyakini dan dihormati rakyat.

“TDM bertekad untuk mengekalkan amalan integriti dan profesionalisme yang tinggi demi keselamatan dan kedaulatan negara, ” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN