BN pertahan Kinabatangan dan Lamag

BN pertahan Kinabatangan dan Lamag

MOHD Naim Kurniawan Moktar (Kanan) dan Mohd. Ismail Ayob berjaya memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. - FACEBOOK NAIM MOKTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr. Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Sri Lamag, Kinabatangan, Sabah sebentar tadi.

Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd. Naim Kurniawan Moktar menang dengan majoriti besar 14,214 undi dalam persaingan tiga penjuru.

Mohd. Naim berjaya meraih 19,852 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Datuk Saddi Abdul Rahman daripada Parti Warisan (Warisan) yang memperoleh 5,638 undi manakala calon Bebas, Goldam Hamid dengan 946 undi.

Bagi DUN Lamag pula, Mohd. Ismail Ayob berjaya mengalahkan lawannya, Mazliwati Abdul Malek daripada Warisan dengan memperoleh 5,681 majoriti undi.

Pertandingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd. Ismail mendapat 7,269 undi manakala Mazliwati hanya 1,588 undi.

Sebelum ini, kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag disandang oleh Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berkhidmat selama enam penggal berturut-turut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN