SETIU : Kebimbangan penduduk di Kampung Panchor Merah di sini, terlerai selepas seekor beruang matahari yang dikesan berkeliaran di kampung itu ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, hari ini. Seorang penduduk, Adli Ab. Rahman, 66, berkata, haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan pagi ini. Katanya, beruang tersebut dikatakan sudah lama berkeliaran di sekeliling kampung namun sejak akhir tahun lalu ia mula mengganas sehingga menyebabkan kematian…









