Bersatu Indera Mahkota kecewa Saifuddin dipecat

Bersatu Indera Mahkota kecewa Saifuddin dipecat

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Indera Mahkota kecewa dengan parti ekoran pemecatan bekas ketuanya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Timbalan Ketuanya, Mat Zahid Abu Hassan berkata, pihaknya meluahkan rasa kesal terhadap keputusan Lembaga Disiplin Bersatu yang memecat Ahli Parlimen Indera Mahkota itu tanpa perbicaraan yang adil.

Katanya, Bersatu Indera Mahkota berharap agar Lembaga Rayuan akan mempertimbangkan rayuan yang bakal dikemukakan oleh Saifuddin secara adil, telus dan berhemah, demi keutuhan parti.

“(Kami) menyatakan solidariti bersama Saifuddin dan menyatakan sokongan berterusan kepada kepimpinan beliau,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, Saifuddin menerima surat yang bertarikh 6 Januari mengenai keputusan berkaitan keahliannya yang ditentukan dalam satu mesyuarat yang diadakan hari sebelumnya.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin telah melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti namun tidak memperincikan kesalahan khusus yang dilakukannya.

Saifuddin kemudian mendakwa beliau tidak melalui proses yang adil di sebalik dakwaan melanggar disiplin parti sehingga menyebabkan beliau dipecat keahlian semalam.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPT) Bersatu itu berkata beliau mengemukakan tiga tuntutan kepada Lembaga Disiplin ketika hadir dipanggil pada 6 November lalu,

Katanya, tuntutan pertama meminta dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Lembaga Disiplin mengundurkan diri dan tidak mengadili kesnya kerana didakwa mempunyai talian dan hubungan kekeluargaan dengan pemimpin utama dalam parti itu.

Dua tuntutan lain pula berhubung keterangan mengenai penyiasat dan pendakwa, selain itu memanggil Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk hadir bersama dalam prosiding berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN