KOTA BHARU: Perselisihan faham di aplikasi TikTok membawa padah kepada lima wanita daripada dua keluarga apabila masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah bergaduh di hadapan Pasar Melor, minggu lalu. Tertuduh iaitu Rozita Ramli, 47; anaknya, Aleeya Maisara Hasbullah, 19; menantunya, Siti Nor Bakyah Abdullah, 19, serta dua beradik Siti Sara Suaini, 30, dan Siti Mastura, 28, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret…










