Satu Bengkel Juara Pengajian Am dan Motivasi Inspirasi Cemerlang STPM Yayasan Pelajaran MARA (YPM) diadakan di Dewan Al-Falah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat, Jengka, baru-baru ini.
Program anjuran bersama Unit Kurikulum Tingkatan 6 SMK Jengka Pusat dan Yayasan Pelajaran MARA itu bertujuan memperkukuh persediaan akademik dan mental calon STPM 2025 dan 2026.
Seramai 155 orang pelajar tingkatan enam daripada SMK Jengka Pusat dan SMK LKTP Jengka 16 terlibat dalam program itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan utama STPM.
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, Ahmad Rusydi Daniel Cheng Abdullah berkata, bengkel tersebut memberi penekanan kepada penguasaan teknik menjawab Pengajian Am Semester 3, di samping suntikan motivasi bagi meningkatkan keyakinan diri dan daya saing pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam.- UTUSAN










