MELAKA: Bekas Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Mohd. Hakim Mohd. Nor, 39, didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan menyalahgunakan harta pertubuhan membabitkan wang derma misi kemanusiaan berjumlah lebih RM576,000. Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Mengikut pertuduhan, Mohd. Hakim didakwa selaku pengerusi pertubuhan berkenaan telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik Pertubuhan Kebajikan…










