BAP bantu lima anak yatim piatu beli kelengkapan penuh - Utusan Malaysia

BAP bantu lima anak yatim piatu beli kelengkapan penuh

NAZLINA Omar (dua dari kiri) dan suaminya bersama lima anak saudara mereka menunjukkan pakaian dan kelengkapan sekolah yang dibeli menggunakan BAP ketika ditemui di Sungai Manik, Pasir Salak, Perak. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bernilai RM150 seorang yang diterima lima anak yatim piatu di Sungai Manik di sini, membolehkan mereka membeli semua kelengkapan persekolahan yang diperlukan.

Ibu saudara, Nazlina Omar, 43, berkata, semua anak saudaranya gembira dan bersyukur kerana dapat memulakan sesi persekolahan 2026 dengan sempurna.

“BAP sangat membantu saya membeli kelengkapan persekolahan lima anak saudara saya yang yatim piatu. Tanpa BAP, mungkin tidak semua kelengkapan sekolah saya mampu beli.

“Anggaran kos persediaan dan persiapan sekolah untuk mereka boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Dengan BAP kos untuk kelengkapan sekolah dapat diringankan.

“Kini mereka ceria ke sekolah tanpa memikirkan masalah kelengkapan persekolahan ke­rana semuanya sudah dibeli dengan bantuan kerajaan,” katanya ketika ditemui.

Nazlina berkata, dia menjaga lima anak saudaranya berusia antara sembilan hingga 17 tahun selepas kematian ibu bapa mereka.

“Kami dari golongan kurang berkemampuan memang rasa terbeban untuk menyediakan keperluan persekolahan anak-anak, apatah lagi saya mempunyai lima anak saudara yang masih bersekolah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN