PETALING JAYA: Isu ketidakseimbangan akses pendidikan awal antara bandar dan luar bandar perlu ditangani agar dasar membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki tahun satu secara sukarela dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Pensyarah Kanan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Juppri Bacotang berkata, realiti di Sabah menunjukkan masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat mengikuti prasekolah secara formal. Keadaan ini katanya, sekali gus berisiko menyebabkan kanak-kanak itu tercicir…










