KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri mengambil tindakan segera dengan mengarahkan Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) membersihkan Pantai Teluk Kalong di Kijal, Kemaman dekat sini yang dicemari dengan arang batu sejak kelmarin. Difahamkan, arang batu itu dihanyutkan ombak dan terdampar di sepanjang kira-kira 500 meter pesisir pantai selepas sebuah tongkang yang membawa muatan bahan api berkenaan hanyut dan melanggar batu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri,…










