Keesokan harinya Jenal bertemu Nasir di pondok berhampiran perhentian bas tempat kebiasaan mereka melepak. Memang begitulah rutin mereka sebelum ini apabila ada sahaja masa terluang pastinya mereka akan berkumpul di situ sebelum pulang ke rumah. “Beb, aku ada perkara penting hendak share dengan kau ini, mesti kau tak percaya punya,” kata Jenal serius. Nasir yang sedang leka membelek telefon bimbitnya memandang ke arah Jenal dengan dahi berkerut. Dalam hati dia…










