Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, akhirnya jenazah Datuk Leman selamat dimandi dan dikafankan. Saya lihat isteri arwah dan anggota keluarga lain menarik nafas lega. Nampaknya segala kesulitan yang berlaku dapat diatasi sepenuhnya. Tidak putus-putus mereka mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Jamal atas segala bantuan yang diberikan. “Terima kasih ustaz, Alhamdulillah. Selamat urusan semuanya. Kalaulah tak ada ustaz tidak tahulah apa yang jadi,” kata Datin Nani, isteri arwah. Ustaz Jamal hanya tersenyum.…










