Andy cuma kawan - Chacha Maembong - Utusan Malaysia

Andy cuma kawan – Chacha Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Chacha Maembong, 29, menjelaskan dia tidak menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon, Andy Teh.

Katanya, meskipun dikatakan rapat, dia dan pelakon filem Abah Saya Uncle Mike itu sekadar berkawan baik, bukan bercinta seperti diperkatakan sebelum ini.

“Kami berkawan, pernah berjumpa dalam sebuah majlis tetapi tidak pernah berlakon bersama.

“Dia sahabat yang baik dan sangat kuat bekerja.

“Mengenai saya sebagai kriteria wanita idamannya, saya tak boleh komen. Itu pandangan dia,” katanya yang ditemui pada majlis tayangan dan sidang media filem Akad Yang Hilang, semalam.

Andy yang sebelum ini disoal mengenai hubungan dengan adik Emma Maembong itu tidak menafikan Chacha mempunyai kriteria wanita yang diidamkannya.

Namun katanya hubungan mereka sekadar kawan, dalam fasa menganali satu sama lain.

Chacha dalam masa yang berkata dia buat masa ini tidak memikirkan soal jodoh sebaliknya lebih cenderung memberi tumpuan untuk mengukuhkan kerjaya lakonan.

“Saya tak berani komen pasal jodoh kerana ia belum berlaku. Saya serahkan soal itu kepada ketentuan Allah.

“Cuma sasaran saya pada tahun ini adalah untuk bekerja lebih kuat untuk mencapai impian saya,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN