PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Selangau), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Beluru). Di Sabah, kawasan dijangka terjejas termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna). Bagi Wilayah Persekutuan…










