KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) berharap UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudi bersikap terbuka menyerahkan sebahagian daripada kerusi disandang mereka kepada parti-parti lain dalam Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor. Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, tatacara persediaan untuk dua PRN yang bakal menyusul itu belum diputuskan buat masa ini kerana ia bergantung kepada keputusan UMNO dan BN mengenai pengagihan kerusi di kedua-dua negeri…









